Featured

  • White Cup doodle? - I was amused by all #whitecupcontest submission for Starbucks. They all are amazing! Super amazing which we will never thought of drawing things like girra...
    4 months ago

Feb 1, 2012

Tutorial: Macam mana nak carik subtitles

Sudah-sudahlah dengan entry mengata orang, hahahaha manada mengatalah pandai.


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan saya semua! Apa khabar? Macam aku kisah. Okay, ramai lagi yang masih blur macam mana nak carik subtitles kat website yang reliable and such. Meh aku ajo macam mano.

Aku ni tengok omputeh je lebih, tapi kalau takde subtitle memang jem jugak kepala aku nak faham... Unless kalau citer tu takde bahasa complicated sangat. Kalau tengok CSI atau citer bunuh-bunuh or yang berkaitan dengan SAINS tanpa subtitle memang nak mampus jugak aku nak faham. So meh aku nak ajar macam mana nak terer English sambil-sambil memahami jalan citer show mat saleh sebenar-benarnya...

Okay first of all, korang boleh jugak carik subtitles kat OpenSubtitles, SubtitleSource, Podnapisi, Addic7ed,  Bierdopje (kena create account) dan banyak lagi. But itulah website yang aku rasa paling boleh percaya untuk cari subtitle movie atau tv show feveret aku. Hewhew.



*click image kalau rabun macam aku*

Okay korang nampak kan dia tulis macam "Gossip Girl 5x13 (HDTV-LOL)" tu? Okay kat sini yang penting adalah yang "HDTV-LOL" tu. Sebab cuba kalau carik subtitle lain yang takde HDTV-LOL, katalah belakang dia tu lain, bila play subtitle dia cam lari sikit. Tercepat ke terlambat ke kan. So dengan itu, kita google search atau carik je dalam website yang aku bagi link tadi tu...


*click image kalau rabun macam aku*


*click image kalau rabun macam aku*


So korang nampak kan yang aku line line kaler merah tu kan? Selalu kalau google search aku pegi kat yang top sekali, nampakkan website dia, podnapisi kan? So click lah yang tu then download. Habis citer!!!! KBYE. Eh belum habis citer lagi. Some of you bila play video cam tetiba heran, dah ada subtitle tapi awat tak muncul pulak? Haaaa itu mungkin adalah kesalahan anda sendiri! Yeah, mari saya ajar.




Bila nama file .srt (subtitle file) dia berlainan dengan nama file movie (.avi , .mkv blabla) dia, memang dia tak boleh read. So apa yang anda patut lakukan adalah, copy paste lah takpun edit sendiri bagi sama nama file tersebut. Jadi begini:-



*click image kalau rabun macam aku*


So bila play movie nanti muncul lah subtitle tersebut. Hewhew. Kadang-kadang, ada player tak boleh read subtitle punya file, so apa yang anda patut lakukan? Baling lah laptop atau PC anda ke dalam Sungai Klang. Hewhew. Okay tak. Sebenarnya kalau dah pandai download download movie ni kenalah ada movie player yang awesome awesome. Aku paling suka pakai GOM Player sebab player dia simple and senang nak faham. Siap boleh screenshot lagi, yelewww. Kalau ada mamat hensem dalam series apa-apa, boleh save muka diorang yang hensem tu. Cuma takleh cut video je. VLC Player pun okay jugak. Yang ni okay jugak ah kalau korang punya movie file tu audio dia cam slow, dia boleh maximum kan lagi volume movie tersebut. Huhehuhe. Ada lagi banyak codec, MPCSTAR, Media Player Classic apa tah lagi taktau. Ikut lah korang nak pakai apa pun. Aku pakai GOM je. Tapi kalau nak complete codec yang boleh play macam-macam jenis file, aku suggest kat korang VLC or MPCSTAR lah.

Benda ni sama jelah kalau korang nak search movie belakang dia "DIAMOND" ke "MAXSPEED" ke nanti google lah sekali benda tu. Nanti dia keluar lah apa yang korang nak. Hewhew. Tapi kadang-kadang memang sesetangah subtitle memang susah gila nak carik. Solutionnya? Pakai headphone masa tengok movie tu nak bagi paham.

Aku taktau lah penerangan aku ni cukup ke tak untuk korang. Harap dapat menolong. Aku duk ngajo orang download tapi aku lupa pasal subtitle ni. Tapi kalau nak tanya aku pasal mana nak carik subtitle citer Hindustan ke Korea ke Jepun ke Indon ke jangan tanya aku lah. Aku pun taktau. Pandai-pandai lah carik sendiri. Wahahaha. Tapi sekarang dah meluas dah, mesti ada subtitle punya. Tapi kalau nak malay subtitle macam impossible. Lagipun kalau malay subtitle mesti merepek, baik aku ambik english punya subtitle je. Okay itu saja. Selamat mencuba!



-iffz

2 comments:

  1. tengkiu very very very much! lepas baca nih baru saya paham cane nak put subtitles dalam movie. tengkiu bebanyak eh! jasamu dikenang! jazakallahu khairan!

    ReplyDelete