Okay hari ni mode saya mode mozlemah sejati. Saya memang nak jadi mozlemah sejati, tapi masih dalam proses belajar lagi. Kayuh basikal perlahan-lahan lah kan? Takkan terus nak jadi F1 driver pulak uols.
Sebenarnya nak tutup aurat ni senang je. Ikutlah korang nak buat style apa pun kan janji menutup aurat kan? Tapi takpe, hari ni saya nak ajar cara menutup aurat dengan betul. Bukannya korang tak tutup aurat dengan betul, tapi adakalanya kita tidak menutupnya dengan sempurna. Maka dengan itu, marilah kawan-kawan, kita belajar cara menutup aurat dengan betul.
Seeloknya anda memakai tudung baggy sahaja, ataupun tudung labuh. Ala yang biasa makcik mozlemah bawak MPV dengan sticker I LOVE ISLAM sebesar-besar alam tu. Eh yang bawak kereta ada sticker macam tu manada pakai shawl shawl ni, tak main lah. Tudung Ariani (tudung sarung Indon) pun diorang tak pakai tau. Diorang pakai tudung baggy je. Stylo uols. Baggy tu kan memang style daripada zaman hip hop 90 an lagi uols.
Sorry terpaksa pakai shawl pulak, sebab saya BELUM beli tudung baggy lagi. Okay, yang penting sekali dalam menutup aurat ni, ialah menutup bahagian dagu dan pipi kalau boleh. Sebenarnya mata juga aurat. Kalau mata cantik, kan lelaki akan selalu intai-intai pula mata yang cantik menggoda ini. (baca dalam gedik punya tone) Kan kan kan kan. So kita cover dagu and pipi, ini untuk penutup aurat beginner lah. Slow slow ye, rakan-rakan sekalian.
Kalau pakai tudung baggy, susah nak buat style bunga-bunga kan? Takpelah kita pakai shawl boleh jugak nak buat bunga bagai apa semua. Style nak buat bunga tepi tu senang je, tak memerlukan skill quilling, threading, sewing atau knitting, cuma pinkan sahaja pakai NEEDLE lepas tu jadilah BUNGA! Bunga bunga cinta uols~ macam kat bawah ni:-
Sepatutnya saya cover lengan saya, tapi maaf anda terpaksa tengok aurat saya. :'(
Tapi kalau anda tak reti nak buat bunga-bunga chenta tu, takde masalah. Lekat je apa benda yang senang nak letak kat tepi tudung korang tu. Barulah stylish. Boleh letak macam-macam. Letak nenek korang pun boleh tapi takut kepala teleng pulak. So korang letak benda yang berpatutan jelah eh? :)

Style ni sesuai untuk orang yang nak tutup aurat dengan betul tapi dalam masa yang sama nak stylish habis ^_^v
Kadang-kadang kita ragu-ragu juga dengan cara kita menutup aurat. Takut apa yang kita tutup tu sebenarnya masih tidak memadai. Tapi takpe. Ada juga style lain yang boleh di-apply-kan, dengan cara memakai purdah. :)

Purdah Mozlemah: Dengan memakai purdah, komfem aurat anda terjamin.
Bukan itu sahaja, suara pun takkan didengari oleh lelaki. So takdelah lelaki tergoda sangat. Tapi kalau mempunyai suara macam jantan, memang elok sangat pakai purdah. Kalau tak pakai karang, orang ingat anda ni Pondan Mozlemah. Tapi, pakai purdah ni pun ada caranya. Kalau pakai macam bawah ni, macam mana anda nak nampak jalan kan? Kang terlanggar orang, tersentuh aurat orang lelaki kan lagi berdosa. Lagi-lagi bila boleh menimbulkan nafsu syahwat, kan tak elok pula kan. :/

Purdah terbalik aka purdah pondan (if you know what I mean...)
Saya sebagai seorang lanun cetak rompak, untuk mengekalkan aurat dan fesyen bertudung saya perlu buat macam fesyen di bawah ni. Barulah nampak sikit ke-taiko-an dia. Saya tahu, menjadi lanun itu berdosa. Tapi saya tak sure berdosa besar atau kecil, sebab mencuri kan. Mencuri tu dosa kecil kan? >_< Tak tak tak, bukan. Saya cuma share je. Sharing is caring. Dalam Islam kan kena bersedekah. Ni kira saya bersedekah lah. Sedekah torrent je. Hewhew

Taiko cetak rompak punya style
Tapi kalau hangpa takut jugak aurat ternampak sana-sini, maka dengan itu anda boleh lah try fesyen di bawah ni. Pasti aurat anda terjamin 100%!!! Tapi adik saya ada bagitau saya, ada satu mazhab, adalah wajib seseorang perempuan itu menutup kesemua auratnya, auratnya adalah dari hujung rambut ke hujung kaki. So basically, mumia mozlemah lah kan. Cuma mumia ni pakai pakaian longgar habis. Uhmm.

Dijamin 100% masuk ke syurga kerana menutup aurat tapi kalau nak buat style mcm bawah ni pun boleh je :)

Saya harap artikel saya ni dapat menolong golongan mozlemah sejati di luar sana. Saya pun bukannya sempurna dalam menutup aurat, tapi saya masih mencuba untuk menutupnya dengan sempurna. Apa-apa pun marilah kita belajar sama-sama. Mula-mula tutup aurat dengan sempurna, lepas tu cukupkan pula solat lima waktu kan rakan-rakan? Saya harap anda semua dapat kebaikkan daripada nota hati saya ini. Sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt :')
- Saudari Iffah S
- Saudari Iffah S








